Bismillahirrahmanirahim..
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda . Ya Allah ! Apa sahaja yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada laranganMu , aku masih belum bertaubat daripadanya dan Engkau pula tidak meredhainya dan melupakannya serta Engkau berlembut ke atasku selepas Engkau berkuasa untuk membalasnya ke atasku dan Engkau juga telah mengajakku supaya bertaubat daripadanya , maka aku memohon keampunan kepadaMu , maka ampunilah aku . Dan apa sahaja yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau redhai dan Engkau janjikan dengan balasan pahala , maka aku memohon kepadaMu , ya Allah ! Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah ! Wahai Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan ! Agar Engkau menerimanya daripadaku dan janganlah Engkau putuskan harapanku daripadaMu , wahai Yang Maha Pemurah ! Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda Rasullulah SAW . Amin ..
Assalammualaikum everyone ! Sekejap je masa berlalu kan ? Tinggal beberapa jam je lagi kite akan menyambut Hijrah yang ke 1433 . Alhamdulillah .. Semoga Allah mengampuni segala dosa yang telah kite lakukan pada tahun ini , insyaAllah . Di kesempatan ini juga , saya ingin memohan maaf sekiranya saya ade menyinggung perasaan atau terlebih gurau , terkasar bahasa or ape ape je lah tingkah laku saya yang telah menyinggung mana-mana pihak . Maafkan saya ya ! Well , i think that's all for now . Assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment