Beyonce - Broken Hearted Girl

Thursday, 24 November 2011

Bibir Tersenyum Hati Menangis

19 Mei 2008 , dunia yang fana telah ditinggalkan , hanya amalan yang dibawa . Assalammualaikum everyone . Mungkin ada yang tahu dan mungkin masih ade yang tertanya-tanya ade ape dengan tarikh 19 Mei 2008 tu kan ? Sukar dilafazkan dengan kata-kata , hanya linangan air mata mengiringi pemergian papa tersayang . Pada tanggal 19 Mei 2008 , papa telah menghembuskan nafas terakhirnya dan telah meninggalkan kami sekeluarga . Bayangkan seawal usia 13 tahun , aku terpaksa mengharungi kehidupan tanpa belaian dan kasih sayang daripada seorang papa . Sungguhpun  begitu , memandangkan aku merupakan puteri sulung , aku terpaksa kuat dan tabah demi mama dan adik . Papa meninggal kira-kira pukul 7.55pm akibat serangan jantung . Ape yang membuatkan aku terkilan , ialah sewaktu papa menghembuskan nafas terakhirnya , aku tiada di sisinya kerana mengikuti kelas tuition . Papa yang lebih dikenali sebagai Ali Bapoo merupakan seorang yang penyabar , lemah lembut , penyayang dan sangat mengambil berat akan kami sekeluarga . Sebelum papa pergi meninggalkan kami , papa selalu pesan supaya sentiasa menunaikan solat , belajar rajin-rajin dan juga jaga mama dan adik . Pesanan papa tu takkan aku lupakan sampai bila-bila . Sehingga saat ini , aku masih tak dapat lupakan peristiwa pilu dan sedih apabila adik aku , Daniel meminta supaya aku dan mama agar tidak menangis kerana papa sedang tidur . Adik juga mengejut papa supaya tidak tidur terlalu lama . Dan setelah kami memberitahunya bahawa papa sudah tiada , die meraung sekuat hati . Walaupun sudah 3 tahun papa pergi meninggalkan kami , namun sukar buatku untuk melenyapkan ingatan padannya . Hanya doa mohon rohnyua dicucuri rahmat yang dapat aku panjatkan . AL-FATIHAH :')

No comments:

Post a Comment